PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAWANG

82) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAWANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek pembesaran Sungai Rawang?

    Projek pembesaran Sg. Rawang dilaksanakan sepanjang 4.5 km bermula dari hulu Sg. Pajam hingga ke kuala Sungai Rajah. Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor melaksanakan 2.5 km dari hulu Sg. Pajam dan 2.0 km lagi dilaksanakan oleh Syarikat Lafarge. Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor sudah menyiapkan projek mengikut jadual pada 18 Mac 2008. Status pelaksanaan projek oleh Syarikat Lafarge pula, hanya 70%. Kelewatan ini berpunca oleh Syarikat ’Sidhu Bros’ yang enggan berpindah dari tapak projek, yang sepatutnya siap pada 8 Ogos 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.