PRESTASI KERJA ALAM FLORA
72) PRESTASI KERJA ALAM FLORA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah spesifikasi yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh Selangor untuk memantau prestasi kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat Alam Flora?
Pengurusan sisa pepejal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam. Setiap PBT mempunyai spesifikasi yang berlainan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan mereka.
Spesifikasi kutipan secara amnya adalah seperti berikut:-
- Premis kediaman 3 kali seminggu berselang dari rumah ke rumah.
- Premis perniagaan 6 kali seminggu dari kebuk sampah atau pusat tong.
- Rumah pangsa 6 kali seminggu dari pusat tong.
- Pasar awam 7 kali seminggu dari pusat tong.
Spesifikasi pembersihan awam secara amnya adalah seperti berikut:-
- Sapuan jalan di kawasan komersial/perniagaan, protokol dan utama 6 kali seminggu.
- Sapuan jalan di kawasan perumahan 2 kali sebulan.
- Sapuan padang permainan 6 kali sebulan.
- Membersih longkang di kawasan komersial/perniagaan, protokol dan utama 6 kali seminggu.
- Membersih longkang di kawasan perumahan 2 kali sebulan.
- Membersih longkang monson 2 kali sebulan.
- Potong rumput di kawasan komersial/perniagaan, protokol dan utama 2 hingga 3 kali sebulan.
- Potong rumput di kawasan perumahan 2 kali sebulan.
- Potong rumput di kawasan lapang dan taman permainan 2 hingga 3 kali sebulan.
- Membersih perhentian bas/teksi 6 kali seminggu
- Membersih perangkap sampah dan log boom 6 kali seminggu Membersih pasar malam mengikut setiap kali pasar malam diadakan.
