PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

107) PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah pelajar IPTA dan IPTS yang menerima kemudahan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor mengikut pecahan kaum bagi 2008.

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah di IPTA/ IPTS dalam pelbagai bidang. Bilangan pelajar yang telah menerima Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor (TKWBNS) bagi melanjutkan pengajian tinggi sepanjang tahun 2008 mengikut kaum adalah seperti berikut:

     

    Tahun   Bangsa (orang)  
    Bumiputra Cina India Jumlah
    2008 667 16 22 705

Lampiran

Tiada Lampiran.