FENOMENA JEREBU DAN WABAK H1N1
67) FENOMENA JEREBU DAN WABAK H1N1
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Fenomena jerebu dan wabak H1N1 sedang melanda Negeri Selangor. Yang membimbangkan ialah kesan khasnya kepada industri pelancongan. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk menangani kesan buruknya kepada industri pelancongan ?
Bagi menangani kesan fenomena jerebu ke atas industri pelancongan, pihak Kerajaan sentiasa berusaha mengambil tindakan bagi memastikan aktiviti pembakaran terbuka dilakukan di dalam negara terkawal dengan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan terutama semasa cuaca panas dan kering. Pihak yang didapati sengaja melakukan aktiviti pembakaran terbuka akan diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan pengawasan kualiti udara bagi mengesan sebarang perubahan kepada kualiti udara untuk membolehkan tindakan susulan yang bersesuaian dapat diambil.
Dari aspek Kementerian Kesihatan, semua aktiviti pencegahan dan kawalan A H1N1 telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara bagi mengurangkan kadar jangkitan serta penularan tempatan secara langsung. Secara tidak langsung ini juga dapat mengurangkan implikasi terhadap sektor pelancongan.
Jabatan Kesihatan Negeri juga memantau impak jerebu terhadap kesihatan orang ramai di Negeri Selangor.
1) Mengadakan pemantauan penyakit-penyakit yang berhubung kait dengan jerebu iaitu :
- Asma
- Sakit mata/ konjunktivitis
- Jangkitan salur pernafasan (upper respiratory tract infection) di klinik-klinik di Negeri Selangor.
- Memberi pendidikan kesihatan kepada orang ramai yang datang ke klinik mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah impak kesihatan akibat jerebu melalui ceramah dan bahan cetak yang disediakan oleh KKM.
- Memastikan bekalan ubat-ubatan yang perlu mencukupi semasa jerebu.
- Membekalkan ‘mask’ kepada pesakit yang berisiko tinggi jika perlu.
JAWAPAN DARIPADA JABATAN KESIHATAN
a) Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kesihatan Negeri telah melaksanakan semua aktiviti pencegahan dan kawalan seperti yang telah digariskan dalam Pelan Kesiapsiagaan Kebangsaan Pandemik Influenza (National Influenza Pandemic Preparedness Plan). Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri juga memantau penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan jerebu seperti asma, konjungtivitis, dan jangkitan salur pernafasan di semua klinik kesihatan, pendidikan kesihatan, memastikan bekalan ubat mencukupi dan membekalkan topeng muka kepada pesakit berisiko jika diperlukan.
