PENGAWALAN PEMBAKARAN SECARA TERBUKA
71) PENGAWALAN PEMBAKARAN SECARA TERBUKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mengawal pembakaran secara terbuka sejak tahun 2008?
Pihak Kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani isu pembakaran terbuka dengan melaksanakan berbagai cara seperti berikut:
Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar dan undang-undang lain yang berkaitan di bawah agensiagensi kerajaan yang lain termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Bomba;
- Menjalankan program pemantauan dan rondaan darat oleh Jabatan Alam Sekitar ke atas kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku pembakaran seperti tapak-tapak projek pembinaan, kawasan pertanian, tapak pelupusan sampah dan kawasan gambut. Program pemantauan ini turut dilaksanakan melalui penerbangan udara dengan kerjasama Unit Udara Polis dan penerbangan pihak swasta untuk membuat pengesanan awal bagi mengelakkan kebakaran dari merebak;
- Melaksanakan langkah pencegahan pembakaran terbuka terutama di kawasan tanah gambut dengan melaksanakan “water management system” melalui pembinaan “check dam” dan pembinaan pintu air di kawasan tersebut supaya kebakaran dapat dikawal dan dikurangkan; dan
- Mempertingkatkan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar terutama kepada sektor industri, pemaju projek pembinaan, para tani dan orang awam bagi memastikan semua pihak terlibat memberi kerjasama dalam usaha-usaha penjagaan alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.
