PERUNTUKAN ADUN

75) PERUNTUKAN ADUN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 500 ribu untuk Ahli Dewan Undangan Negeri. Namun terdapat perubahan kaedah penyaluran peruntukan. Sebelum ini Pejabat Daerah dipertanggungjawabkan membayar terus kepada pembekal. Namun kini ia telah diubah dengan wang peruntukan disalurkan oleh pejabat Daerah kepada Pusat Perkhidmatan DUN, dan Pusat tersebut yang membayar kepada pembekal. Apakah rasional perubahan ini?

    Perbendaharaan Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2008, Bil. 5 Tahun 2008, Bil. 6 Tahun 2008 dan Bil. 7 Tahun 2008 bagi memberi garis panduan ke atas kawalan penggunaan Akaun Khas bagi peruntukan-peruntukan ADUN kepada semua Pejabat-pejabat Daerah.

     

    Surat pekeliling telah menjelaskan semua pengeluaran peruntukan-peruntukan ADUN hendaklah dibuat melalui baucar yang telah disahkan oleh Pegawai Pengawal atau Pegawai Perakaunan yang di arahkan.

     

    Perbendaharaan Negeri tidak mengeluarkan arahan atau pekeliling yang membatalkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2008, Bil. 5 Tahun 2008, Bil. 6 Tahun 2008 dan Bil. 7 Tahun 2008 dan jika kaedah penyaluran peruntukan diubah ianya adalah di luar pengetahuan Perbendaharaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.