SIASATAN SALAHLAKU KES-KES TANAH
206) SIASATAN SALAHLAKU KES-KES TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prosedur yang ada di dalam Kerajaan Negeri bagi menyiasat pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan kes-kes tanah di negeri Selangor?
Maksud terma salah laku yang dinyatakan oleh Y.B Seri Setia agak umum dan kabur. Sekiranya terma salah laku tersebut merujuk kepada kes-kes fraud melibatkan urusan tanah, maka kes-kes tersebut diselesaikan mengikut merit setiap kes sama ada berdasarkan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahupun pematuhan kepada apa-apa perintah yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi.
