PUSAT PERLANCONGAN HULU LANGAT DAN BKT BELACAN

80) PUSAT PERLANCONGAN HULU LANGAT DAN BKT BELACAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Negeri Selangor memiliki kawasan pelancongan yang istimewa di Hulu Langat dan Bukit Belacan dan ramai mengunjungi tempat-tempat ini khususnya pada hujung minggu tetapi malangnya kedua-dua tempat ini kurang di selenggara dan di promosi. Kemudahan asasnya juga agak kurang. Apakah yang dilakukan untuk memastikan kebersihan dan keindahan tempat-tempat ini dan sebutkan jadual kerja mingguan dan bulanan.

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengambil alih pengurusan Taman Rimba Ampang (Bukit Belacan) daripada Tourism Selangor bermula pada Mei 2009. Selain daripada menempatkan kakitangan sepenuh masa mengurus kawasan tersebut, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah melantik kontraktor melalui sebut harga untuk membersihkan kawasan tersebut.

     

    Jadual kerja adalah seperti berikut:-

     

                     1) Memotong Rumput                        –

     

    2 kali sebulan
                      2) Bersih dan Pungut Sampah          –

     

    4 kali seminggu

    (Isnin, Rabu, Sabtu & Ahad)

                     3) Mencuci Longkang                        –

     

    2 kali seminggu

    (Isnin & Jumaat)

    4) Mencuci Bangunan Tandas Awam

     

    4 kali seminggu

    (Isnin, Rabu, Sabtu & Ahad)

                     5) Mencuci Lumut                              – 1 kali sebulan

Lampiran

Tiada Lampiran.