TAMAN WARISAN
92) TAMAN WARISAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kini Taman Warisan Selangor?
Sehingga kini seluas 91,144.519 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor (TNS). Seluas 15,505.29 hektar kawasan hutan simpan lain dan 121 hektar hutan Tanah Kerajaan iaitu kawasan Permatang Kuartza Hulu Klang dalam penyediaan Pelan Warta oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Selangor. Pada 30 April 2009, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan kawasan Klang Gates seluas lebih kurang 950 hektar untuk diwartakan sebagai kawasan tambahan bagi TNS. Jabatan Perhutanan Negeri telah mengemukakan permohonan kelulusan terbaru ini kepada JUPEM untuk penyediaan Pelan Warta. Keseluruhan kawasan Taman Warisan Selangor dijangka seluas kira-kira 107,820 hektar.
