TATACARA BAGI PENGGUNAAN PERUNTUKAN ADUN
78) TATACARA BAGI PENGGUNAAN PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneliti semula garis panduan yang sedia ada di peringkat pejabat daerah berkenaan tatacara bagi penggunaan peruntukan ADUN?
Penelitian semula Garis Panduan mengenai penggunaan Peruntukan ADUN dibuat dari
masa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada ADUN, Pegawai Daerah dan
pihak-pihak yang terlibat. Pindaan garis panduan tersebut akan diputuskan oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Adalah dimaklumkan bahawa Garis Panduan Tatacara bagi Penggunaan Peruntukan
ADUN yang terbaru telah dikeluarkan pada 29 Jun 2009 iaitu Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2009. Surat Pekeliling tersebut adalah penambahbaikan
kepada Surat-surat Pekeliling mengenai peruntukan ADUN yang dikeluarkan sebelum
ini iaitu Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2004, Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2008, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2008
dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2008.
