ADUAN-ADUAN PBT
144) ADUAN-ADUAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Aduan-aduan yang paling ketara diterima oleh semua PBT adalah aduan yang mengenai sampah, lampu jalan dan longkang tersumbat. Mengapakah masalah-masalah sebegini tidak dapat diselesaikan?
Sememangnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor menerima aduan yang tinggi berhubung sampah, lampu jalan dan longkang tersumbat. Walau bagaimanapun, terdapat aduan-aduan tersebut tidak dapat diselesaikan kerana faktorfaktor berikut:
- Masalah peruntukan yang terhad
- Kontraktor tidak menjalankan tugas mengikut jadual
- Sikap penduduk yang tidak memberi kerjasama
- Masalah sempadan kawasan
Akan tetapi, masalah-masalah tersebut sebenarnya dapat dicegah lebih awal sekiranya semua pihak yang terlibat mengambil sikap yang lebih proaktif dan bertanggungjawab sebagai contoh penduduk sentiasa bekerjasama dalam menjaga kebersihan. Manakala PBT menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
