DIDUDUKI TEMPAT PARKING SECARA HARAM DI CHERAS INDAH, JALAN PANDAN INDAH (NAMA SYARIKAT:CHEONG HIN) DI KAWASAN MPAJ

106) DIDUDUKI TEMPAT PARKING SECARA HARAM DI CHERAS INDAH, JALAN PANDAN INDAH (NAMA SYARIKAT:CHEONG HIN) DI KAWASAN MPAJ

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sebab-sebab MPAJ membenarkan syarikat tersebut diduduki tempat parking dan juga menukar jalan tersebut ke jalan sehala?

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membuat keputusan di dalam
    Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan & Penjaja Bil 11/12/2003 untuk
    mempertimbangkan permohonan Syarikat Keong Heng Auto untuk menyewa
    tempat letak kereta (Jalan Bunga Melur) dan kawasan kosong di hadapan
    bangunan syarikat tersebut untuk digunakan sebagai tempat letak kereta
    terpakai bagi tujuan jualan syarikat berkenaan.
    MPAJ memberi kelulusan untuk menyewakan kawasan tersebut kepada syarikat
    memandangkan pemilikan bangunan yang lebih 90% lot di bangunan itu adalah
    milik syarikat tersebut. Selain daripada itu, tempat letak kereta tersebut adalah
    bagi keperluan pelanggan yang hadir dan tempat meletak kenderaan jualan
    syarikat berkenaan.
    Sebelum 2003, beberapa tindakan penguatkuasaan dan kompaun telah diambil
    dan pihak syarikat telah merayu serta memohon kebenaran untuk beroperasi
    sebagai tempat jualan kereta terpakai. Asas penyewaan adalah berdasarkan
    pemilikan bangunan syarikattersebut.
    MPAJ juga bersetuju untuk menjadikan jalan di hadapan bangunan berkenaan
    sebagai jalan sehala bagi melancarkan aliran trafik di atas persetujuan bersama
    pihak PDRM, JKR, Jabatan Kejuruteraan MPAJ, Biro Pengaduan Awam dan
    wakil penduduk serta syarikatterbabit.

Lampiran

Tiada Lampiran.