BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7
72) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM 162,500 sebulan bagi perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi kompleks secara komprehensif yang mengandungi sepuluh unit banglo dan rumah kelab. Kos keseluruhan bagi lima tahun adalah sebanyak RM 9,900,000. Kos perbelanjaan untuk seunit setiap bulan ialah RM 16,250. Jika kerajaan negeri ingin menyewakan banglo-banglo tersebut, berapakah kerajaan negeri akan menyewakan seunit banglo untuk sebulan?
Agen-agen harta tanah telah dipanggil secara berperingkat-peringkat untuk melawat
banglo-banglo tersebut. Cadangan daripada mereka yang diterima masih dikaji,
sebelum Kerajaan Negeri menetapkan kadar sewa yang berpatutan.
