PERWAKILAN DARIPADA KAUM INDIA SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI SELANGOR

93) PERWAKILAN DARIPADA KAUM INDIA SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah hanya seorang sahaja wakil daripada kalangan kaum India dipilih sebagai ÒAhli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (EXCO)Ó, ini menunjukkan seolah-olah kedudukan kaum India masih tidak berubah walaupun kini Pakatan Rakyat telah mengambil alih tampuk pimpinan dan menubuhkan Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil pendekatan berbeza dan Barisan Nasional dahulu
    pendekatan “pecah dan perintah”. Barisan Nasional meletakkan pimpinan setiap kaum
    mewakili kaum mereka sahaja. Pakatan Rakyat, Kerajaan Negeri mewakili semua kaum
    bersama-sama. Malah kerajaan negeri menyediakan tabung sebanyak RM2 juta dan
    RM8 juta sumbangan dari Syarikat Peladangan untuk anak-anak pekerja ladang,
    bantuan RM12 juta untuk Sekolah-Sekolah Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat dan
    Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaksanakan untuk semua.

Lampiran

Tiada Lampiran.