PENGHUTANGAN CUKAI TANAH OLEH ANAK SYARIKAT
115) PENGHUTANGAN CUKAI TANAH OLEH ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang tidak menjelaskan cukai tanah mereka kepada kerajaan negeri dan merupakan penunggak-penunggak yang terbanyak berjumlah lebih kurang RM 143,770,000. Sila nyatakan jumlah yang di hutang oleh setiap anak syarikat secara terperinci.
Keseluruhan jumlah hutang Anak-anak Syarikat sehingga 10 September 2008 ialah
sebanyak RM152,804,052.01. Jumlah ini termasuklah jumlah tunggakan cukai tanah
sebanyak RM130,982,741.76 dan jumlah hutang semasa pula ialah RM21,821,310.25.
Syarikat Central Spectrum Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada KDEB mencatatkan
jumlah tunggakan tertinggi sebanyak RM82,291,635.00, diikuti oleh PKNS sebanyak
RM42,070,564.05 dan PNSB sebanyak RM24,156,386.06. Perincian jumlah hutang oleh
semua Anak –anak Syarikat adalah seperti di lampiran 1.
