Rumah Idaman Rakyat Selangor
131) Rumah Idaman Rakyat Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan Skim Rumah Idaman?
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku Bil. 6/2020 pada 28 Ogos 2020 telah meluluskan pembinaan hamper 42,100 unit Rumah Idaman di beberapa lokasi sekitar Selangor.
Maklumbalas dari mesyuarat tersebut memerlukan perbincangan lanjut dengan Pihak Berkuasa Tempatan (“PBT”) berkenaan had maksimum density yang dibenarkan bagi pembangunan Rumah Idaman sebelum permohonan dimuktamadkan dan sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.
