Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

178) Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahbaik program IPR seperti Skim Mesra Usia Emas dengan mengembalikan semula sumbangan khairat kematian di samping mengekalkan sumbangan baucar shopping rm100?

    Kerajaan Negeri amat prihatin apabila berkaitan warga emas dan OKU. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif baru bagi menyantuni rakyat Negeri ini agar sentiasa dapat menjaga kebajikan rakyat.

    Oleh itu, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang ke 37/2020 yang berlangsung pada 21 Oktober 2020 yang lepas telah memutuskan bahawa akan mewujudkan semula sumbangan khairat kematian SMUE yang dijangka akan dimulakan pada Januari 2021 dengan nilai khairat kematian sebanyak RM500.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.