PENCEGAHAN BANJIR

8) PENCEGAHAN BANJIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Projek infrastruktur dan tebatan banjir yang telah dan akan dilaksanakan di Daerah Kuala Selangor bagi mengurangkan risiko banjir?

    Untuk makluman, di dalam tempoh 2016 hingga 2020 di bawah peruntukan RMK11 terdapat 4 buah projek menaiktaraf infrastruktur telah diluluskan bagi mengurangkan risiko banjir yang melibatkan kos berjumlah RM17.4 juta melalui Jabatan Pengairan dan Saliran. 3 projek telah siap dilaksanakan iaitu:

    i. Projek Kawalan Hakisan dan Memperkukuh Benteng Pantai Kawasan Pertanian Daerah Kuala Selangor (RM6.2 juta). Tarikh siap projek ialah pada 28 Jun 2018.
    ii. Projek Kerja-kerja Membina, Membekal dan Mengujijaya Pam, Kerja-kerja Elektrik Serta Kerja Berkaitan di Rumah Pam Kg. Asahan Daerah Kuala Selangor (RM4.7 juta). Tarikh siap projek ialah pada 19 Disember 2018.
    iii. Projek Kerja-kerja Membina Membekal, Memasang dan Mengujijaya Pintu Air, Kerja-kerja Elektrik Serta Kerja-kerja Berkaitan di Pintu Air Compartment D, Kg. Harmoni Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor (RM2 juta). Tarikh siap projek ialah pada 30 November 2019.

    Manakala 1 lagi projek sedang dalam pelaksanaan iaitu:

    i. Projek Kerja-kerja Membina Membekal, Memasang dan Mengujijaya Pam, Kerja-kerja Elektrik Serta Kerja-kerja Berkaitan di Pintu Air Parit Merbau, Parit Mahang, Daerah Kuala Selangor. (RM4.5 juta) dan dijangka siap pada Februari 2021.
    Bagi projek akan datang yang akan dilaksanakan adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh (Fasa 1) yang melibatkan 17.5km jajaran sungai bermula dari pekan lama Sungai Buloh dengan skop kerja seperti mendalamkan sungai, membina benteng kiri dan kanan sungai, pintu air dan rumah pam.

Lampiran

Tiada Lampiran.