PENAMBAHAN SEKOLAH DI KAWASAN DENGKIL

110) PENAMBAHAN SEKOLAH DI KAWASAN DENGKIL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keperluan sekolah menengah di Dengkil adalah mendesak, khususnya di kawasan berkepadatan tinggi contohnya di Putra Perdana, Pekan Dengkil, dan Kota Warisan. Apakah penyelesaian proaktif Kerajaan Negeri bagi mengatasi kekurangan sekolah ini agar tidak meleret menjadi satu krisis?

    Jabatan Pendidikan Selangor mengambil maklum dan sedar keperluan mendesak bagi kawasan yang dinyatakan. Bagi kawasan Putra Perdana, Jabatan Pendidikan Selangor telah membida projek SMK Bukit Puchong  bagi menyuraikan kepadatan murid di kawasan perumahan Putra Perdana untuk penyelesaian fasa 1 dalam RMK 12 ( RP 1). Ini disebabkan pada ketika ini, di kawasan Putra Perdana tidak terdapat tanah/tapak yang diperuntukkan untuk pembinaan sekolah menengah. Jabatan Pendidikan Selangor telah mengenal pasti tiga tapak yang di peruntukkan untuk pembinaan sekolah di kawasan Putra Perdana dan kesemuanya adalah tapak untuk sekolah rendah (sk). Kepesatan pembangunan perumahan yang amat pantas tidak seiring dengan peruntukan budget pembangunan fizikal pendidikan KPM yang agak terhad. Walau bagaimanapun Jabatan Pendidikan Selangor sedang dalam proses menguruskan perolehan tanah bagi fasa kedua untuk membida pembinaan sekolah di Putra Perdana dan Kota Warisan.

    Di kawasan Kota Warisan pula seperti sedia maklum, masih belum mempunyai sekolah menengah walaupun telah lebih dari 10 tahun pembukaan taman perumahan ini. JPN Selangor mendapat kerjasama daripada kerajaan Selangor bagi memudahkan proses perolehan tanah untuk pembinaan sekolah baharu. Selaras dengan perkembangan semasa, Jabatan Pendidikan Selangor telah membuat  Pembidaan  dalam RMK 12 ( RP 1) bagi pembinaan SMK Kota Warisan dan  ia menjadi fokus utama Jabatan Pendidikan Selangor disamping ia merupakan fasa pertama bagi penyuraian pelajar di SMK Dengkil. Selain itu, Jabatan Pendidikan Selangor juga dalam proses perolehan tanah pendidikan bagi perancangan pembinaan sekolah baharu di kawasan Dengkil untuk fasa penyuraian kedua iaitu setelah kawasan Kota Warisan siap memperolehi sekolah menengah.

    Kelulusan budget projek pembinaan bagi pembidaan RMK12 adalah diluar bidang kuasa Jabatan ini. Kaedah alternatif jabatan ketika ini ialah menguruskan pengoperasian sekolah secara dua sesi dan memohon pembinaan bangunan tambahan sekiranya sekolah sediada masih mempunyai ruang atau kawasan untuk menampung kepadatan pelajar.

    Berikut senarai sekolah dan tapak di kawasan Taman Putra Perdana, Cyberjaya dan Dengkil:

Lampiran

Tiada Lampiran.