PEMBANGUNAN TANAH KERAJAAN DI LOT 3 DAN TANAH JKR PEKAN MERU
196) PEMBANGUNAN TANAH KERAJAAN DI LOT 3 DAN TANAH JKR PEKAN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah kerajaan negeri akan mula merobohkan kedai di atas tanah kerajaan Lot 3 Pekan Meru?
Lot 3, merupakan tanah Kerajaan Negeri yang menempatkan Balai Penghulu Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang. Pihak Pentadbir Tanah Klang telah menerima aduan dari orang ramai berhubung aktiviti pencerobohan tanah kerajaan terbabit. Pentadbir Tanah Klang juga telah mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965 kepada semua pemilik struktur untuk pemilik mengosongkan tapak.
Pada masa ini, pihak Majlis Perbandaran Klang sedang dalam penyediaan pelan pembangunan bagi Lot terbabit bagi menempatkan semula dan menyelesaikan isu penjaja di kawasan Meru.
Tindakan perobohan struktur kedai di tapak akan dilaksanakan setelah pelan pembangunan ini dimuktamadkan.
