PROGRAM SITHAM
67) PROGRAM SITHAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah peruntukkan Program SITHAM.
Jawapan bagi Sub Soalan A, B dan C:
Program Pembangunan Usahawan India Di Negeri Selangor telah mula diperkenalkan sejak tahun 2017 untuk mengembangkan kebolehan dan kepakaran kaum India di dalam bidang keusahawanan menerusi Indian Entrepreneurship and Capacity Building Program : Towards Economic Resilience, Empowerment and Upward Mobility.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 22 / 2020 pada 17 Jun 2020 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 23 / 2020 pada 24 Jun 2020 telah menimbang dan meluluskan penganjuran Program Pembangunan Usahawan India Di Negeri Selangor 2020 dengan kos sebanyak RM700,000.00.
Yayasan HIJRAH Selangor dilantik sebagai agensi pelaksana dan penyelaras bagi program Program Pembangunan Usahawan India Di Negeri Selangor 2020. Satu Unit Pembangunan Usahawan India akan diwujudkan bagi menyelaras segala pelaksanaan program. Pecahan peruntukan pada tahun ini adalah seperti berikut:

