PENUKARAN PAIP AIR LAMA

148) PENUKARAN PAIP AIR LAMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kilometer paip air lama yang telah diganti dan yang masih belum lagi diganti.

    Semenjak dari tahun 2016 sehingga tahun 2020, Air Selangor telah dan sedang melaksanakan program penggantian paip jenis “Abestos-Cement” (AC) melibatkan 307 lokasi hotspots sepanjang 711 km. Dari jumlah ini, panjang paip yang telah siap diganti adalah 294 km.  Berdasarkan kepada statistik Air Selangor setakat 31 Mei 2020, masih terdapat lebih kurang 6,196 km paip jenis AC di dalam sistem agihan yang perlu diganti.

Lampiran

Tiada Lampiran.