ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

158) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dilaporkan bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) salah satu anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor telah tidak menyumbang kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2019, apakah faktor menyebabkan perkara tersebut terjadi?

    Pada tahun 2019, syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), yang kini telah dinamakan Air Selangor Holdings Berhad (AIS Holdings) bermula 28 Mei 2020, mengalami kerugian akibat daripada penstrukturan semula kumpulan berikutan pelupusan anak-anak syarikat dan perniagaan AIS Holdings yang tidak berkaitan dengan air kepada Menteri Besar Incorporated (MBI).

    Pelupusan ini adalah sebahagian daripada penstrukturan semula Kumpulan AIS Holdings di mana Kumpulan AIS Holdings hanya akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan air.

Lampiran

Tiada Lampiran.