JAJARAN PROJEK LEBUH RAYA PANTAI BARAT (WCE) LALUAN DARIPADA RAJA MUSA KE TANJONG KARANG
140) JAJARAN PROJEK LEBUH RAYA PANTAI BARAT (WCE) LALUAN DARIPADA RAJA MUSA KE TANJONG KARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan laluan sebenar jalan jajaran daripada Projek WCE yang akan dilaksanakan daripada Raja Musa ke Tanjong Karang.
Laluan sebenar jalan jajaran daripada Projek WCE yang akan dilaksanakan daripada Raja Musa ke Tanjong Karang adalah sama seperti mana jajaran di dalam Perjanjian Konsesi Lebuhraya WCE. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-24/2018 pada 8 Ogos 2018 mengambil maklum bahawa Mesyuarat Panel Laporan SIA di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) telah meluluskan Laporan Terperinci Kajian SIA, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Seksyen 7 (Persimpangan Bertingkat Assam Jawa ke Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang iaitu 10 km terakhir) yang mengesyorkan pembinaan Opsyen 1 iaitu seperti mana jajaran di dalam perjanjian konsesi.
