RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
17) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah dan senaraikan projek rumah kerajaan prihatin pada tahun 2018 sehingga kini?
Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, jumlah Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin sejak tahun 2018 sehingga kini ialah sebanyak 138 projek yang melibatkan 9 daerah merangkumi bantuan bina baru rumah dan bantuan baikpulih rumah. Setiap permohonan akan ditapis dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin. Senarai permohonan yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2018 sehingga kini mengikut pecahan daerah dan syarat – syarat program adalah seperti di Lampiran.
