WABAK DENGGI
144) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah holistik Kerajaan Negeri untuk membendung wabak denggi yang semakin meningkat di setiap kawasan PBT?
Bagi membendung masalah denggi di kawasan PBT, antara langkah yang akan dan telah dilaksanakan termasuklah:
- Membincangkan isu denggi di secara terperinci untuk tindakan yang diambil oleh pihak terlibat melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor dihadiri oleh kesemua agensi terlibat seperti JKNS, PKD, PBT, PDT dan sebagainya;
- Membincangkan isu serta punca pembiakan denggi di lokasi terlibat bersama penduduk / ahli majlis / DUN agar dapat diambil tindakan bersama;
- Memperkasakan peranan penduduk / agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI bagi melaksanakan aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan;
- Melaksana program gotong-royong berfokus bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk bersama masyarakat di lokaliti berkenaan;
- Aktiviti penguatkuasaan seperti pengeluaran Seksyen 8 serta pengeluaran kompaun bagi premis kediaman dan penutupan serta tindakan mahkamah bagi premis yang mempunyai pembiakan denggi positif;
- Kerjasama gotong royong di antara agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta komuniti; dan
- Melantik pihak ketiga iaitu pest control operator (PCO) untuk menjalankan kerja-kerja kawalan dan pencegahan denggi di kawasan berwabak.
