BANJIR KILAT DUN BANDAR UTAMA
146) BANJIR KILAT DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kampung Chempaka telah dilanda banjir kilat yang semakin serius pada setiap tahun akibat keadaan Sungai Kayu Ara. Sila maklumkan garis masa yang diperlukan bagi projek penaiktarafan bernilai RM 20 Juta diputuskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini
Projek Menaiktaraf Sungai Kayu Ara yang berjumlah RM 20 Juta adalah salah satu skop di dalam Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Damansara yang telah diluluskan di dalam RMK11. Namun begitu, pelaksanaan projek ini akan disambung ke RMK12. Pada tahun 2020, pihak jabatan di dalam proses untuk membuat lantikan perunding. Garis masa pelaksanaan adalah sebagaimana berikut :
Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 2025 Lantikan Perunding, Kerja-kerja Rekabentuk, Penyediaan Dokumen Tender, Proses Perolehan dan Lantikan Kontraktor Kerja-kerja Pembinaan Fizikal – Pembinaan Perlindungan Tebing
– Pembinaan Tembok Penahan Banjir
– Pembinaan Outlet
– Pembinaan Rumah Pam
