AGIHAN PROJEK MARRIS UNTUK KONTRAKTOR G1 DI DALAM DUN.
217) AGIHAN PROJEK MARRIS UNTUK KONTRAKTOR G1 DI DALAM DUN.
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan kontraktor kecil GI khasnya bumiputera mendapat agihan projek yang seimbang di dalam DUN dia menetap?
- Pada masa ini, pemberian dan lantikan kontraktor bagi kerja-kerja di bawah peruntukkan marris adalah berdasarkan kepada pelawaan secara sebutharga/tender terbuka yakni melalui proses iklan di laman web Majlis Perbandaran Klang yang diselia oleh Bahagian Ukur Bahan, yang turut menyemak dokumentasi kontraktor yang menghantar sebutharga masing-masing, manakala keputusan dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga/Tender yang diwakili oleh bahagian penilaian harga dan teknikal bagi memastikan setiap kontraktor mendapat peluang yang adil dan melalui proses pemilihan yang sama/saksama.
