SKIM BAS SMART SELANGORKU
53) SKIM BAS SMART SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaann Negeri membuat kajian keberkesanan skim bas Smart Selangorku dapat meringkankan beban rakyat Selangor yang miskin?
Kerajaan Negeri belum mempunyai kajian menyeluruh yang khusus bagi mendapatkan impak keberhasilan terhadap perkhidmatan Bas Smart Selangor dapat meringankan beban rakyat Selangor yang miskin. Namun demikian, kerajaan Negeri yakin bahawa dengan perkhidmatan bas percuma ini secara tidak langsung, rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian bagi perjalanan menggunakan pengangkutan awam, manakala bagi ibu bapa pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas ini untuk ke sekolah pula dapat menjimatkan sejumlah wang yang harus diperuntukkan untuk bas sekolah. Penjimatan kos tersebut memberi manfaat kepada rakyat untuk menabung atau digunakan bagi tujuan keperluan harian yang lain.
