PROJEK PEMBINAAN JEJANTAS MOTOSIKAL LEBUHRAYA BARU
78) PROJEK PEMBINAAN JEJANTAS MOTOSIKAL LEBUHRAYA BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana kemajuan projek pembinaan jejantas motosikal yang menyeberangi Lebuhraya Baru Pantai?
Kemajuan terkini bagi pembinaan mengikut skop asal kontrak adalah sebanyak 95% siap. Dimana kerja-kerja berbaki adalah penanaman rumput dan pembersihan tapak.
Walaubagaimanapun, jambatan motosikal masih tidak dapat dibuka untuk kegunaan awam kerana faktor keselamatan dimana terdapat pagar penghadang lama yang rosak dan berkarat boleh mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna motosikal kelak. Majlis kini dalam rundingan bersama pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menjalankan kerja tambahan bagi pembaikan pagar penghadang lama jambatan yang berada dibawah penyelenggaraan pihak RAC.
