PROJEK PERINTIS BANDAR PINTAR
151) PROJEK PERINTIS BANDAR PINTAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sebuah projek perintis Bandar Pintar demi merancakkan lagi usaha Selangor menuju Bandar Pintar 2025 ?
Beberapa projek Bandar Pintar sedang dibangunkan di Selangor, seperti Subang Jaya (oleh MPSJ) dan Petaling Jaya (oleh MBPJ). Selain itu, pihak pemaju perumahan di Negeri Selangor turut mengambil inisiatif membangunkan bandar pintar seperti Bandar Sunway (pemaju: Sunway Group) dan Cyberjaya (pemaju: Setia Haruman).
SSDU amat menggalakkan pembangunan lebih banyak bandar-bandar pintar sebegini dan akan membantu dari segi penyelarasan dengan program-program Smart Selangor serta bekerjasama sekiranya perlu bagi memastikan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai Smart State terulung di ASEAN pada tahun 2025 akan menjadi kenyataan.
