DANA KHAS PEMBANGUNAN PERTANIAN
186) DANA KHAS PEMBANGUNAN PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan dana khas pertanian untuk rakyat yang ingin membangunkan tanah mereka untuk projek tanaman yang boleh meningkat pendapatan petani?
Kerajaan Negeri Selangor mempunyai program khas bagi bantuan kepada golongan petani, penternak dan nelayan. Antaranya program bantuan di bawah Jabatan Pertanian bagi bantuan dalam bentuk input pertanian bagi pelbagai jenis projek tanaman seperti buah, sayur, padi, kelapa, cendawan dan herba, pembangunan tanah terbiar, ternakan lebah madu dan kelulut, industri asas tani dan latihan. Selain itu, bagi golongan muda, program Agroprenuer Muda turut diperkenalkan bagi membantu golongan muda dalam bidang pertanian
