GOLONGAN PEKERJA-PEKERJA
46) GOLONGAN PEKERJA-PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah kesatuan sekerja serta jumlah ahli yang berdaftar di Negeri Selangor?
Merujuk kepada rekod kesatuan sekerja yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(JPPM), sehingga Disember 2018 terdapat sebanyak 291 kesatuan sekerja berdaftar di Negeri Selangor dengan keahlian seramai 658,110 orang.
Daripada pecahan bilangan kesatuan ini, 54 buah kesatuan adalah daripada sektor awam, 32 buah kesatuan sektor badan berkanun dan 205 buah kesatuan adalah daripada sektor swasta.
