BIASISWA NEGERI SELANGOR

48) BIASISWA NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jenis-jenis program biasiswa yang kini terdapat di bawah Kerajaan Negeri Selangor secara terperinci dan bilakah tarikh permohonan untuk biasiswa-biasiswa tersebut?

    Bermula tahun 2019, program-program pembiayaan pendidikan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah dijajarkan di bawah Peduli Siswa. Program Peduli Siswa akan dilaksanakan dalam bentuk pinjaman boleh ubah dan biasiswa seperti berikut:

    Bil Program Bentuk Pembiayaan Cadangan Tarikh Permohonan Dibuka
    1 Biasiswa Khas Dato Menteri Besar Biasiswa Februari – Mac
    2 Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Pinjaman Boleh Ubah April / Mei
    3 Selangor Brain Bank Biasiswa April / Mei
    4 Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Pinjaman Boleh Ubah Ogos
    5 Biasiswa Sagong Tasi Biasiswa Sepanjang tahun

    Walau bagaimanapun, tarikh permohonan sebenar adalah tertakluk kepada perubahan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.