SKIM SMART SEWA

52) SKIM SMART SEWA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah penduduk-penduduk Selangor yang telah mendapat manfaat daripada program Skim Smart Sewa setakat ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 341 pemohon yang telah mendapat manfaat daripada program Skim Smart Sewa setakat ini berdasarkan 341 unit yang telah siap dan telah disewakan seperti berikut :

    BIL. PROJEK LOKASI BIL. UNIT STATUS PROJEK
    1. Pangsapuri Tun Teja (Jenis A) Alam Impian 5 Telah disewakan
    2. Pangsapuri Arista (Jenis A) Bandar Parklands 11 Telah disewakan
    3. Pangsapuri Rimba Jaya (Jenis A) Shah Alam 41 Telah disewakan
    4. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama (Pemberimilikan) Kapar 64 Telah disewakan
    5. Taman Damai Utama (Jenis A) Puchong 110 Telah disewakan
    6. Bandar Seri Coalfields (Jenis D) Ijok 10 Telah disewakan
    7. Pangsapuri Asteria (Jenis C) Klang 50 Telah disewakan
    8. Pangsapuri Azaria (Jenis C) Klang 50 Telah disewakan
    JUMLAH 341               Unit

     

    Manakala sebanyak 101 unit lagi yang telah siap pada awal tahun 2019 akan dibuka permohonan kepada orang awam dalam masa terdekat ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.