PERTANIAN
119) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pengeluaran makanan utama di Malaysia?
Selangor bercadang menjadi sebuah negeri maju dalam pelbagai bidang termasuk dalam sektor pertanian selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian memfokuskan kepada teknologi pertanian seperti teknologi tanaman secara fertigasi, plant factory, pembangunan agro bandar, menjadikan Selangor sebagai hub pemasaran dan pelbagai program yang menggunakan teknologi terkini.
