PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR

122) PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan mekanisma yang akan digunakan untuk meningkatkan penghayatan Islam dalam masyarakat Islam sama ada menjadikan islam sebagai dasar pentadbiran ataupun KPI Islam dalam semua institusi Kerajaan Negeri?

    1. Bagi meningkatkan penghayatan Islam dalam masyarakat di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri bersetuju dengan dasar Kerajaan Pusat yang menjadikan konsep Maqasid Syariah sebagai asas pentadbiran negeri. Maqasid Syariah yang merangkumi 5 prinsip tadbir urus pentadbiran kerajaan iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

     

    Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui agensi-agensi agama telah menyediakan pelan strategik & KPI pada setiap tahun yang merangkumi program pembangunan sosioekonomi, akidah, dakwah, pendidikan dan penyelidikan. Penilaian prestasi dan pencapaian plan strategik serta KPI dilakukan pada setiap hujung tahun bagi mengenalpasti kelemahan dan kekurangan dengan tujuan penambahbaikan.

     

    Pelbagai mekanisma telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk meningkatkan penghayatan Islam antaranya:-

     

    1. Melaksanakan program-program penerangan dan hebahan fatwa secara menyeluruh antaranya menerusi Program Bicara Fatwa, Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti, hebahan fatwa melalui SMS, akhbar, billboard dan laman web.

     

    1. Mewujud dan menerbitkan Garis Panduan antaranya:-

     

    1. Etika Berpakaian Bagi Orang Islam di Premis Kerajaan
    2. Majlis Perkahwinan
    • Amalan Tariqat
    1. Solat Jemaah Di Tanah Lapang & Masjid 2 Tingkat
    2. Menyambut Kelahiran Anak
    3. Menyambut Aiditfitri & Aidiladha
    • Penggunaan Mesin Basuh

     

    1. Menerbit, mencetak dan menterjemahkan kitab antaranya:-

     

    1. Buku Aqidah Tohawiyah
    2. Buku Himpunan Fatwa
    • Buku Warta Kerajaan Syariah dan Sosial
    1. Buku Warta Kerajaan Ajaran Sesat
    2. Buku 10 Asas Aqidah Karya Imam Al Ghazali
    3. Buku 10 Asas Ibadah Karya Imam Al Ghazali
    • Buku 10 Asas Penyucian Hati Karya Imam Al Ghazali (Mazmumah)

Lampiran

Tiada Lampiran.