PROSEDUR PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG TEPAT

124) PROSEDUR PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG TEPAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada kaedah standard prosedur yang seharusnya diwujudkan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat sekiranya terjadi kes-kes keselamatan dalam komuniti setempat contohnya seperti kes ragut, kecurian, rompakan, penculikan dan sebagainya?

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mempunyai kaedah yang telah diwujudkan dalam peningkatan kecekapan penyampaian maklumat sekiranya terjadi kes-kes keselamatan dalam komuniti setempat contohnya kes ragut, kecurian, rompakan, penculikan dan sebagainya.

    Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan salah satu inisiatif PDRM dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

    Masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/ maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

    VSP ini juga adalah salah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai Initiative Owner.

Lampiran

Tiada Lampiran.