PEMBANGUNAN LOOK UP POINT BUKIT AMPANG

182) PEMBANGUNAN LOOK UP POINT BUKIT AMPANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca masih belum terdapat sebarang pembangunan bagi kawasan LookUp Point Bukit Ampang yang mempunyai potensi tarikan pelancongan?

    Sehingga kini, Jawatankuasa Penilaian Request For Proposal (RFP) yang diurusetiakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) yang telah ditubuhkan bagi menyediakan dokumen RFP untuk ditawarkan kepada mana-mana syarikat/agensi/individu yang berminat untuk membangunkan Ampang Look Out Point melalui kaedah kerjasama atau perkongsian pintar iaitu Public Private Partnership (PPP). Jawatankuasa Penilaian Request For Proposal (RFP) akan membentangkan satu Kertas Ringkasan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi melantik pengurus projek untuk yang akan bertanggungjawab menguruskan tender secara RFP dan seterusnya membangunkan semula Ampang Look Out Point (ALOP).

Lampiran

Tiada Lampiran.