KUALITI TURAPAN JALAN
190) KUALITI TURAPAN JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis panduan dalam memantau kualiti turapan jalan?
Garis panduan telah tersedia ada bagi memantau kualiti turapan jalan. Pemantauan kualiti kerja-kerja turapan oleh JKR Negeri Selangor dilakukan berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan dan juga spesifikasi turapan jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibupejabat JKR Malaysia. Antara panduan dalam SOP tersebut:
- Kerja penampalan sementara untuk potholes akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam dan penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari.
- Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak.
- Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi dan mempunyai ketahanan.
- Kerajaan Negeri bercadang untuk mensyaratkan akreditasi khas ke atas kontraktor yang menjalankan kerja-kerja turapan jalan.
