KAMPUNG BUNGARAYA SEKSYEN U6 SHAH ALAM – JANJI KERAJAAN KEPADA LEBIH 90 KELUARGA SEJAK 1993 (PENEMPATAN)

218) KAMPUNG BUNGARAYA SEKSYEN U6 SHAH ALAM – JANJI KERAJAAN KEPADA LEBIH 90 KELUARGA SEJAK 1993 (PENEMPATAN)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan yang telah dilakukan sejak 2008 untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memadankan (match making) rumah kos rendah di pembangunan Unique Creation Sdn. Bhd. di Seksyen U5 Shah Alam kepada pemilik tanah Sinar Fadzilat (M) Sdn. Bhd. untuk ditawarkan kepada 90 keluarga penghuni rumah panjang Kampung Bungaraya. Namun pembangunan rumah kos rendah tersebut terbengkalai dan syarikat Unique Creation Sdn. Bhd. diisytihar bankrupt. Pembangunan tersebut telah diambil alih oleh pemaju penyelamat ECL Management Sdn. Bhd. untuk menyiapkan projek tersebut namun sehingga kini pemaju masih tidak menyelesaikan hal-hal tanah dan pelan bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.