KEBENARAN PENGGUNAAN PREMIS MILIK KERAJAAN
196) KEBENARAN PENGGUNAAN PREMIS MILIK KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan kebenaran kepada semua entiti termasuk parti politik pembangkang untuk menyewa premis milik kerajaan untuk meningkatkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan?
Kerajaan Negeri tiada halangan bagi membenarkan penyewaan premis milik kerajaan kepada semua pihak termasuk parti pembangkang dengan syarat serta peraturan yang perlu dipatuhi iaitu tidak dibenarkan menjalankan program berkaitan politik seperti ceramah, kempen dan lain-lain
