KAEDAH PEMBAYARAN PAMPASAN APABILA BERLAKU PENDUDUKAN TANAH SECARA TIDAK SAH

107) KAEDAH PEMBAYARAN PAMPASAN APABILA BERLAKU PENDUDUKAN TANAH SECARA TIDAK SAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan yang digunakan bagi tuntutan yang dibuat oleh mereka yang diarahkan berpindah dari tanah kerajaan yang diduduki secara tidak sah sekiranya sesuatu projek konsesi atau penswataan dijalankan? Adakah pampasan perlu dibayar oleh pemilik konsesi atau Kerajaan atau kedua-keduanya?

    Antara halangan dalam melaksanakan Projek-Projek Kerajaan adalah isu pendudukan tanah secara tidak sah oleh pengusaha-pengusaha haram. Bagi mengatasi masalah ini, Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) digunapakai untuk mengeluarkan pengusaha-pengusaha haram dari Tanah Kerajaan.

    Sebarang isu berbangkit dari penguatkuasaan Seksyen 425 KTN, perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengikut portfolio. Perkara ini juga boleh dirujuk ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk pertimbangan dan keputusan mesyuarat.

    Isu pampasan akan diputuskan di dalam mesyuarat tersebut untuk digunapakai. Antara keputusan yang pernah diberikan adalah seperti penyediaan Rumah Selangorku, penggantian tanah mengikut usaha melalui TOL & sebagainya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.