KERAJAAN PRIHATIN

122) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah pegawai e-Kasih untuk setiap DUN akan mula bertugas bagi membantu mempercepatkan proses permohonan e-Kasih?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri telah melantik seramai 51 orang Pegawai eKasih tambahan, iaitu Pegawai Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU), untuk membantu melancarkan semua urusan berkaitan dengan permohonan e-Kasih daripada Pejabat DUN.

     

    Walaupun para pegawai ini ditempatkan di pejabat-pejabat daerah, mereka akan bertanggungjawab untuk menguruskan semua permohonan e-Kasih yang telah ditetapkan mengikut DUN masing-masing.

     

    Pada masa ini, seramai 51 orang Pegawai e-Kasih tersebut telah ditempatkan di Pejabat Daerah Dan Tanah seperti berikut:-

     

    BIL DAERAH BILANGAN PEGAWAI

    E-KASIH

    (ORANG)

    1. Shah Alam (Ibu Pejabat) 8
    2. Petaling 6
    3. Gombak 6
    4. Hulu Langat 5
    5. Klang 5
    6. Kuala Selangor 5
    7. Sabak Bernam 5
    8. Hulu Selangor 4
    9. Kuala Langat 4
    10. Sepang 3
      JUMLAH 51

    (Sumber jawapan dari Seksyen Khidmat Pengurusan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor)

Lampiran

Tiada Lampiran.