PENYERAHAN PENYELENGGARAAN DARIPADA PEMAJU KEPADA PBT KAWASAN

153) PENYERAHAN PENYELENGGARAAN DARIPADA PEMAJU KEPADA PBT KAWASAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan terhadap pemaju kawasan yang tidak membuat serahan penyelenggaraan kepada MDKS terlebih dahulu sebelum kemudahan fasiliti lengkap disiapkan?

    Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengeluarkan surat peringatan kepada pemaju yang terlibat supaya membuat penyerahan kawasan yang melibatkan kemudahan infra dan kemudahan awam di kawasan pemajuan pemaju terlibat setelah tempoh kecacatan enam bulan selepas Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dikeluarkan. Majlis Daerah Kuala Selangor juga tidak menyokong selagi segala keperluan dari segi keseluruhan pembangunan landskap yang tidak dilaksanakan dengan baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.