PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA

70) PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan projek tersebut?

    Skim Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) adalah antara projek sosial FELDA yang bertujuan bagi memenuhi permintaan dan mambantu generasi baru FELDA memiliki rumah mampu milik yang selesa dan sempurna. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memajukan Pembangunan Perumahan Generasi Kedua Felda Sungai Tengi Selatan sebagai projek perintis dengan menanggung kos kerja infrastruktur berjumlah RM7,650,000.00. Setakat bulan November 2018 status pelaksanaankemajuan kerja keseluruhan projek ini telah mencapai 62% dengan pecahan berikut:

    BIL PERKARA STATUS
    1. Kerja-kerja pembinaan struktur 98% siap
    2. Kerja-kerja Arkitek 50% siap
    3. Kerja-kerja Infrastruktur 20% siap

    Manakala kelulusan bekalan air untuk pembangunan projek ini masih belum diperolehi daripada pihak Pengurusan Air Selangor dan senarai pembeli belum dimuktamadkan oleh pihak FELDA.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.