TANAMAN POKOK KAYU BAKAU
93) TANAMAN POKOK KAYU BAKAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membendung aktiviti penebangan kayu bakau secara haram sehingga menyebabkan hakisan tanah di dalam Negeri ini?
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa melakukan pemantauan ke atas kawasan-kawasan berhutan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik yang melibatkan hutan paya laut di dalam Negeri Selangor kerana kawasan hutan paya laut adalah juga merupakan kawasan yang dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Bermula bulan Januari sehingga Oktober 2018 sebanyak 80 rondaan pemantauan telah dilakukan oleh JPNS khusus untuk kawasan Hutan Paya Laut. Rondaan pemantauan ini merangkumi darat, udara (dron) dan laut. Rekod sehingga bulan Oktober 2018, terdapat lima (5) kes melibatkan penebangan atau pengambilan kayu bakau secara haram berjaya dikesan di Selangor dan 2 daripada kes tersebut telah berjaya dibuat pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang. Berikut merupakan senarai kes-kes melibatkan kayu bakau yang berjaya dikesan pada tahun 2018: –
BIL TARIKH TANGK APAN
LOKASI BIL. POKO K YANG
TERLI BAT
KEPUTUSAN 1 28/2/2018 Pulau Carey 140 Dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang. 2 3/6/2018 Pulau Indah 184 Dijatuhkan hukuman denda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret Klang. 3 30/3/2018 Sungai Labuhan Gurap, Pulau Indah
10,000 Kes ini telah di “NFA” kerana tiada bukti yang menunjukkan OKT
mengambil atau memindahkan 10,000 batang kayu bakau yang telah ditemui di dalam tanah milik Central Spectrum Sdn. Bhd.
4 27/4/2018 Kapar 300 Telah dikompaun RM1,000.00 oleh JPNS 5 30/5/2018 Hutan Simpan Telok Gedung
212 Kes ini telah di “NFA” kerana tiada suspek yang ditemui ketika serbuan dijalankan.
