KILANG-KILANG HARAM
114) KILANG-KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu kilang-kilang haram di Negeri ini?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Pemutihan Kilang Haram (PPKTK) di Negeri Selangor bermula Julai 2006 sehingga 31 Disember 2015. Dalam tempoh tersebut, pelbagai insentif dan kelonggaran dalam aspek teknikal dari pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Jabatan Teknikal telah diberikan kepada pemilik berdaftar tanah (pengusaha kilang).
Insentif yang diberikan antaranya adalah pengurangan bayaran premium tambahan dan premium sebanyak 50 % jika dibayar dalam tempoh tiga (3) bulan, pengurangan 30 % jika dibayar dalam tempoh enam (6) bulan dan pengurangan 10% jika dibayar dalam tempoh sembilan (9) bulan. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor yang telah diadakan pada 23 Julai 2018 telah memutuskan untuk meneruskan Program Pemutihan Kilang Haram. Namun begitu, Program baharu ini dijenamakan semula sebagai Program Smart Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) 2.0. Program baru ini akan dimuktamatkan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa yang terdekat.
Walaubagaimanapun, terdapat pemilik berdaftar tanah (pengusaha kilang) yang tidak tersenarai dalam PPKTK. Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah undang-undang yang masih berkuatkuasa.
