SISA BUANGAN LUAR NEGARA
120) SISA BUANGAN LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri Selangor atas import sisa buangan luar negara ke Malaysia?
Seperti yang semua sedia maklum, kebanyakan sisa plastik yang diimport dari luar negara adalah dari negara China, Eropah dan Australia melalui pelabuhan di negeri ini. Pengilang yang memproses bahan plastik yang diimport dari luar negara, perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah H.S. Code 3915.
Kerajaan Negeri telah membangkitkan kerisauan berkaitan isu ini kepada KPKT dan dalam isu ini, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa sisa buangan luar negara tidak sepatutnya diimport ke Malaysia.
