LAPORAN LUBANG JALAN MELALUI WAZE
138) LAPORAN LUBANG JALAN MELALUI WAZE
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon dilaporkan status terkini kejayaan (kelemahan) sistem laporan jalan rosak melalui Aplikasi Waze.
Di antara kejayaan Sistem Laporan Jalan Rosak adalah seperti berikut:-
- Integrasi di antara Aplikasi Waze dan Sistem Intelligent Respond (i-RS) Selangor yang membolehkan pelaporan disalurkan secara real-time kepada pihak-pihak bertanggungjawab dan pemantauan secara keseluruhan dapat dilaksanakan oleh pihak Smart Selangor Delivery
- Digunakan oleh kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor; 9 Pejabat Daerah/Tanah Negeri Selangor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor termasuk 9 JKR
- Telah meningkatkan kecekapan penyelenggaraan jalan berlubang, sebagai contoh 80% oleh PBT dan 70% oleh
Di antara kelemahan Sistem Laporan Jalan Rosak adalah seperti berikut:-
- Masih belum mendapat penglibatan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk penyaluran pelaporan melibatkan lebuh raya-lebuh raya di Negeri
- Kesukaran untuk melibatkan pemaju-pemaju, “joint-management-body” (JMB), pihak syarikat utiliti dan pihak persendirian untuk penyaluran pelaporan melibatkan jalan-jalan di bawah penyeliaan pihak-pihak
- Kekurangan maklumat inventori koordinat-koordinat jalan dan pihak penyelenggara yang menyeluruh menyebabkan berlakunya laporan-laporan yang tidak dapat disahkan oleh Pihak Berkuasa
